Jumat, 02 April 2010

KENALI JENIS VITAMIN

Vitamin adalah suatu zat yang sangat diperlukan oleh tubuh kita berfungsi untuk mambantu proses kegiatan tubuh tanpa vitamin manusia, haiwan dan kekurangan vitamin peluang mendapat penyakit adalah tinggi.

Vitamin terbahagi dua iaitu vitamin yang larut dalam air iaitu b dan c manakala vitamin a, d, e, dan k atau disingkatan ‘adek’ adalah merupakan vitamin yang tidak larut di dalam air. Sayur mempunyai pelbagai vitamin

Sumber vitamin A ialah susu, ikan, sayuran berwarna hijau dan kuning, hati, buah-buahan warna merah dan kuning ( pisang, betik, dan lain-lain) manakala sumber yang mengandungi vitamin B1 pula ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, dan sebagainya.

Vitamin b2 ialah sayur-sayuran segar, kacang, kuning telur, susu, dan lain-lain manakala Vitamin B3 terdiri daripada buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis, daging dan sebagainya.

Vitamin B5 ialah daging, susu,sayur hijau, ginjal, hati, kacang , dan Vitamin B6 sumber yang mengandungi vitamin B6 kacang, jagung, beras, hati, ikan, beras tumbuk, ragi, daging, dan lain-lain.

Vitamin B12 adalah telur, hati, daging, dan lain-lain, manakala jambu batu, jeruk, tomato, nanas, sayur segar, mengandungi Vitamin C, dan sumber yang mengandung vitamin D pula iaah minyak ikan, susu, telur,dan keju.

Vitamin E ialah sumber yang mengandungi ikan, ayam, kuning telur, ragi, minyak tumbuh-tumbuhan, dan Vitamin K pula sumbernya adalah seperti susu, kuning telur, sayuran segar, dan lain-lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar